Memalukan negara Irene Fernandez

Irene Fernandez mendakwa pekerja warga Indonesia dan Bangladesh dilayan buruk di Malaysia kepada media asing termasuk kepada Jakarta Post, di Indonesia. Artikel 'Malaysia not safe for Indonesian migrant workers' melaporkan, kononnya rakyat Indonesia khususnya wanita yang ke Malaysia untuk bekerja sering dijadikan sebagai objek eksploitasi, penderaan fizikal, keganasan dan rogol berikutan wujudnya industri perkhidmatan pembantu rumah.

Irene mendakwa PDRM tidak ada kuasa untuk menembak tiga rakyat Indonesia iaitu Herman, 34, Abdul Kadir Jaelani, 25, serta Mad Nur, 28, yang disyaki penjenayah samun dan pecah rumah ketika menyerang polis dalam satu kejadian di Port Dickson pada 24 Mac 2012.Anggota polis terbabit terpaksa melepaskan tembakan ke atas ketiga-tiga suspek bagi mempertahankan diri. Kesemua suspek mati ditembak di dalam kawasan sebuah rumah di Port Dickson.[4] Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa menyelamatkan keadaan apabila menegaskan, pihak berkuasa Malaysia tidak mencuri organ ketiga-tiga rakyat negara itu yang ditembak mati.[5]

Irene mendakwa majikan di Malaysia melanggar undang-undang dan terbabit dalam rasuah selain anggota Rela sering menggugut pekerja asing.[6] Irene menempelak majikan yang bebas memperlakukan apa sahaja kepada amah mereka hanya kerana diberikan kebenaran memegang pasport pekerja masing-masing. Malaysia tidak selamat dijadikan tempat mencari rezeki ialah kerana Malaysia tidak memiliki rangka kerja atau sebarang undang-undang khusus untuk mempertahankan pekerja. Pembantu rumah dan buruh ladang adalah dua sektor yang dikecualikan daripada pengenalan upah gaji minimum. Majikan di Malaysia melanggar undang-undang dengan memberi rasuah kepada polis dan mahkamah. Irene secara sinis menyatakan Program 6P adalah akronim '6 Penipuan'.[7]

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah memaklumkan polis sudah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kenyataan yang dibuat oleh Irene. Irene mungkin disiasat di bawah Akta Hasutan. [8] Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa telah dua kali berhadapan dengan kes rompakan dan pembunuhan oleh warga asing.Beliau sendiri trauma apabila sering terjaga pada pukul 4.30 pagi kerana mengingatkan peristiwa dirompak penjenayah warga Indonesia pada pagi 15 Januari 2000. Pada 2006, rumahnya di Taman Melawati hampir dipecah masuk oleh warga asing.

Anifah Aman selaku Menteri Luar kecewa dengan tindakan rakyat Malaysia seperti Irene. Beliau berada di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri, Kuala Lumpur. Malaysia mematuhi mekanisme dua hala seperti yang termaktub dalam Akta Asean dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa, selain menghormati hak pekerja. Malaysia dan Indonesia mempunyai MOU (memorandum persefahaman) yang ditandatangani pada Sidang Kemuncak Asean 2007 berhubung kerjasama dalam pengambilan pekerja iaitu mekanisme dua hala.[9]

Rujukan

WikiPedia: Irene Fernandez http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/03/31/A... http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0508&p... http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0518&p... http://www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/Pi... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt...